NILAM

Pengenalan NILAM


NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan murid banyak membaca.

2.Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

3. Mencari Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah ke Peringkat Bahagian.


  • TAHAP PELAKSANAAN


Merangkumi 2 Tahap :

1. Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat yang dikenali sebagai Jauhari.

2.Tahap Rakan Pembaca - Membantu Pencambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca.

SESI PENILAIAN


Sesi Penilaian akan merangkumi 2 bahagian iaitu :

1. Ujian Lisan - Meliputi aspek-aspek Pengesanan Minat Membaca, Pengesanan Kemahiran Membaca, Pengesanan Pengetahuan, Pengesanan Penghayatan dan Aspresiasi Pembacaan.

2. Ujian Penulisan - Menjurus kepada pengesanan kemahiran membuat rumusan atau ulasan.

Calon akan bergerak mengikut urutan ujian bagi kelancaran program.

  • SYARAT PENCALONAN

Seorang Murid Tahun 6 ( Sekolah Rendah ) dan Tingkatan 5 ( Sekolah Mengeah ) yang mencapai pengikhtirafan NILAM dalam tahap Jauhari.

  1. Rekod yang diperlukan :
  2. Borang Pencalonan
  3. Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga
  4. Folio Calon
  5. Buku Rekod Bacaan NILAM (Asal)
  6. Salinan Sijil Pencapaian NILAM yang disahkan oleh pentadbir
  7. Salinan Sijil Ko-Kurikulum yang disahkan oleh pentadbir
  8. Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak calon disahkan oleh pentadbir
  9. Salinan keputusan Peperiksaan yang disahkan oleh pentadbiran
Kategori :

1. Sekolah Rendah Bandar

2. Sekolah Rendah Luar Bandar

3. Sekolah Menengah Bandar

4. Sekolah Menengah Luar Bandar
  • SISTEM GANJARAN
Tahap Jauhari - Sekolah Rendah

Jumlah Bacaan
Pengikhtirafan
90 - 179
GANGSA
180 - 269
PERAK
270 – 359
EMAS
360 – Ke Atas
NILAM



Tahap Jauhari - Sekolah Menengah

Jumlah Bacaan
Pengikhtirafan
72 – 143
GANGSA
144 – 215
PERAK
216 – 287
EMAS
388 – Ke Atas
NILAM



Tahap Rakan Pembaca ( RP )

Pengiraan markah berdasarkan jumlah pendengar, penonton, pembaca atau peminjam buku untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid yang telah mencapai RP dengan bimbingan guru. Contoh kiraan :

Bercerita : 1 sesi x 20 Pendengar = 5 Markah

Jumlah Bacaan
Pengikhtirafan
100 – 199
GANGSA
200 – 299
PERAK
300 – 399
EMAS
400 – Ke Atas
NILAM

Sesi Penilaian




1.  PENGESANAN KEMAHIRAN MEMBACA  ( 25 %)
( Calon hendaklah membaca teks yang disediakan dalam tempoh yang ditentukan berhubung dengan isu-isu pengetahuan am,sains,seni,  sukan dan lain-lain )
1.1  Skimming
1.2  Scanning
1.3  Analisis
1.4  Rumusan

2.  PENGESANAN  PENGETAHUAN ( 20 %)
2.1  Nama penulis dan tajuk buku
2.2 Tema / mesej buku tersebut
2.3 Sinopsis
2.4 Bagaimana buku tersebut membantu kerjaya murid
2.5 Ciri fizikal buku :
  • Apakah bibliografi?  =   ……../ 1
  • Terangkan di manakah nombor panggilan  =  …../1
  • Apakah ‘tulang buku’ ?  =  ………../1
  • Apakah kegunaan indeks? = ……/1

3.  PENGESANAN  KEBESTARIAN ( 20 % )
( Berdasarkan topik  terkini / isu semasa)
3.1    Kebolehan berhujah
3.2    Kepetahan bercakap
3.3    Kefasihan bertutur
3.4    Perawakan
3.5    Ilmiah

4.  PENGESANAN PENGHAYATAN & APRESIASI PEMBACAAN  (25%)
4.1 Apakah erti membaca? (penekanan : minat dan pengetahuan)
4.2 Masa membaca  (penekanan : konsisten dan paling kerap)
4.3 Bagaimana anda mengurus / menghargai / menyayangi buku
4.4 Apakah jenis genre buku yang paling anda gemari & mengapa?
4.5 Soalan Bonus Hakim (tentang sikap peserta terhadap membaca)
       4.5.1.  usaha mendapatkan bahan bacaan            =   ………(1)
       4.5.2.  reaksi terhadap penulis yang diminati            =   ………(1)
       4.5.3.  pengetahuan tentang ‘Bulan Membaca’ /    =   ………(1)
                  Pesta Buku/ Hari Buku Sedunia
       4.5.4.  usaha menyimpan /mengurus buku             =  ………(1)


BAHAGIAN B – PENULISAN
 PENGESANAN KEMAHIRAN MEMBERIKAN PENDAPAT / ULASAN   ( 10 % )
[ Calon hendaklah menulis tidak lebih daripada 150 patah perkataan ( Sekolah  Menengah) atau 100 patah perkataan ( Sekolah Rendah) dengan berdasarkan soalan yang disediakan dalam tempoh yang ditentukan ]
5.1 Isi
5.2 Bahasa
5.3 Kaedah persembahan
5.4 Penyelesaian masalah (kaedah mengulas dan memberikan pendapat)



 iNILAM



Membaca dan belajar amalan hidup mulia

Jadikanlah panduan wawasan anda

Nilam program membaca memberikan semangat

Membaca dengan jaya budaya kita


Bina tabiat membaca matlamat nilam kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi rakan pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah yang diberi

Nilam nilam anugerah nilam
Menerangi jalan suram
Nilam nilam anugerah nilam
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat nilam kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membacamenjana minda bestari

Nilam nilam anugerah nilam
Menerangi jalan suram
Nilam nilam anugerah nilam
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat nilam kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
Amalan membaca menjana minda bestari ( NILAM)




 Ahli Jawatankuasa Program Nilam
SK Tangkungon Telupid

Penasihat
Simah Matusip
( Guru Besar)

Pengerusi
Luseh Balingi
( Penolong Kanan 1)

Timb.Pengerusi 1
 Norlina Pantau
( Penolong Kanan HEM)

Tim.Pengerusi 2
Ronnah Dungki
(Penolong Kanan Kokum)

Penyelaras Program
Roziah Dangku
(Guru Pusat Sumber & Media)

Setiausaha
Artine Modi
( Guru Nilam)

AJK
Semua guru kelas Tahun 1-6
Ketua Panitia 
Guru rakan pembaca
Guru data nilam
Guru perpustakaan
wakil PIBG

Senarai Tugas Jawatankuasa NILAM Sekolah
Senarai tugas-tugas Jawatankuasa NILAM sekolah adalah :-

Penasihat – Guru Besar
&  Guru Besar sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab 
 memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program   
 ini.
 Pengerusi – Penolong Kanan 1
&  Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program  
 NILAM.
&  Memahami dasar dan matlamat program.
&  Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
&  Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar 
 melalui :
·        Penyeliaan
·        Perjumpaan dengan guru.
·        Temu bual murid dan ibu bapa secara informal.
·        Laporan pelaksanaan.
&  Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program 
 NILAM.
&  Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan
 program.
&  Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar
 yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya.
&  Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
&  Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.
&  Mengesahkan laporan yang berkaitan Program NILAM.

Timbalan Pengerusi – PK HEM / PK Ko-Kurikulum
& Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau.
& Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai Program NILAM.
& Membantu Pengerusi untuk menjayakan Program NILAM.
& Membantu Pengerusi mengenal pasti kelemahan Program NILAM dan mengambil tindakan.
& Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM.
& Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan.

Ibu bapa
&      Menggalakkan anak-anak membaca di rumah dengan
 bimbingan daripada ibu bapa.
&      Menyediakan bahan bacaan di rumah (jika berkemampuan).
&      Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain  
 (Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan
 Bergerak dan sebagainya)
&  Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk 
 dibaca dan membuat rekod bacaan.
&  Mengesahkan dan menandatangani rekod bacaan anak-anak.
 (Sekiranya ditentukan oleh pihak sekolah)

Pengawas PSS
&       Membantu murid untuk meminjam buku di PSS.
&       Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk dipinjam.
&       Membantu guru PSS menyediakan pinjaman kelompok (bulk
  loan)
&       Membantu guru PSS menganalisis data bacaan murid.
&       Mempamerkan graf-graf bacaan murid.

Murid
&       Membaca buku sebanyak yang mungkin.
&       Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkod.
&       Menentukan sentiasa mempunyai bahan bacaan tidak kira di
  mana sahaja.
&       Mendapat bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
&       Memastikan mereka mencapai tahap pembacaan yang telah
  ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan.
&       Menjadi rakan pembaca bagi mereka yang layak dan
  berkeyakinan.
&       Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM.
&       Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

 Penyelaras Program – Guru Penyelaras Media
&       Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada
  setiap awal tahun.
&       Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti
    yang hendak dilaksanakan.
&        Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM.
&        Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.
&        Memastikan program berjalan dengan lancar.
&        Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah NILAM di
   peringkat sekolah.
&        Mengenal pasti dan membimbing caon untk anugerah NILAM
   peringkat negeri.
&        Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada
   Guru Besar.
&        Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG.
&        Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

 Setiausaha – Guru NILAM
&        Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
&        Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
&        Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM.
&        Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.
&        Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data)
   dan menyerahkan kepada penyelaras program.
&        Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis
   untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan
   kepada Pengerusi.
&        Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

Penolong Setiausaha – Guru Data NILAM
&        Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid
   daripada Guru Kelas setiap bulan.
&        Memasukkan data ke pangkalan data.
&        Menganalisis data rekod membaca dan rekod aktiviti Rakan
   Pembaca.
&        Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis
   aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM.
&        Mengemas kini data NILAM.
&        Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

Ketua Bidang / Ketua Panitia
&        Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk
   murid.
&        Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan
   pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan
   berkualiti.
&        Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program
   NILAM bersama-sama Penyelaras Program NILAM.
&        Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

 Guru Kelas
&   Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
&   Mendapatkan Buku Rekod Bacaan daripada PSS/Koperasi dan
  mengedarkan kepada murid.
&   Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara
  aktif.
&   Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

&   Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data
  NILAM.
&   Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut
  perancangan.
&   Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM setiap
  hujung bulan.
&   Mengenal pasti dan menyenaraikan mrid yang layak ke tahap
  Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca.

Guru Perpustakaan

&   Membuat penggredan buku.
&   Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan
  Program NILAM.
&   Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (Projek
  Pukal)
&   Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk
  menyokong Program NILAM.
&   Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

Wakil PIBG

&   Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa NILAM.
&   Menjadi pengantara utuk menyampaikan maklumat Program
  NILAM.
&   PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan institusi-
  institusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat
  nasihat, sumbangan buku dan kewangan.