MAKLUMAT SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Tangkungon telah dibina di kampung Bauto Telupid pada tahun 1975.  Bangunan sekolah yang pertama telah siap didirikan dan digunakan sepenuhnya pada tahun 1976.  Pada mulanya Sekolah ini diberi nama SK Bauto Telupid sempena nama kampung Bauto.

Pada Tahun 1985, sekolah ini ditambah dengan 2 buah bilik darjah dan 2 unit rumah guru yang dibina melaljui status projek kilat.  Bangunan Sekolah telah dirasmikan oleh Dr. Isa Hj.Ramli, Pengarah Pendidikan Sabah pada tahun 1986.

Atas cadangan dan persetujuan pihak pegawai pendidikan bahagian, penyelia dan Nazir sekolah, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada SK Tangkungon pada tahun 1988.  Atas sebab perubahan persekitaran dan pencapaian sekolah meningkat pada tahun 1997 dari segi sahsiah, 3K dan akademik, maka pada tahun 2001, sekolah ini dipilih sebagai perintis Pusat Tanggungjawab Kewangan ( PTJ) di antara 6 buah sekolah di bahagian Sandakan dan Negeri Sabah.

Sekolah ini mendapat tambahan sebanyak 4 buah bilik darjah, 2 unit rumah guru ( konkrit) di bawah projek kementerian pendidikan pada tahun 2003 dan 2 lagi uniut rumah guru ( konkrit) pada tahun 2009.

VISI SEKOLAH 

SK Tangkungon Telupid mencapai 80% UPSR, Contoh 3K dalam daerah dan menghasilkan pelajar cemerlang dalam ko-kurikulum menjelang tahun 2016.

MISI SEKOLAH

Semua guru dan staf sokongan komited memebri ilmu pengetahuan kepada setiap murid melalui amalan Dedikasi, Penyayang dan Prihatin untuk menjana Kecemerlangan Sahsiah, Akademik dan Kokurikulum.

DASAR SEKOLAH

Melahirkan warga berkualiti, patrios dan cemerlang dalam semua aspek pendidikan berteraskan nilai penyayang perkongsian ilmu, prihatin dan disiplin yang tinggi.

MOTO SEKOLAH

Usaha Tangga Jaya

SLOGAN SEKOLAH

"LOVING, SHARING & CARING TO BE THE BEST"

MATLAMAT SEKOLAH

Cemerlang kurikulum cemerlang kokurikulum cemerlang HEM cemerlang surat, fail dan rekod, cemerlang pemantauan dan pencerapan, cemerlang kewangan dan akaun.

ALAMAT SEKOLAH

SK Tangkungon Telupid,
Peti Surat 06,
89300 Telupid
Sabah

TEL:
088-55 2280

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

No Pendaftaran Sekolah  :  XBA2139
Jenis Sekolah  : Sekolah Rendah
Peringkat Sekolah :  Pra-Sekolah dan Rendah
Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan
Lokasi Pendaftaran : Luar Bandar
Bahasa Penghantar : Bahasa Melayu
Tarikh Tubuh :  09/ 01/1974
Status bangunan : Bangunan Sendiri
Keluasan Sekolah : 5.61 Ekar 2.270 Hektar
Gred: B
Sesi  :  Pagi Sahaja
Jenis Bantuan  :  Sekolah Kerajaan :  Beroperasi
Bil Pelajar ( Semasa )  : 226 Orang


KEPIMPINAN SEKOLAH
SENARAI GURU BESAR
SEK.KEB.TANGKUNGON TELUPID

1. JIKAH JOHNNNY                       1976-1976
 
2.ABAS KONSOI                            1976-1978
 
3.LOHOK GONTUONG                 1978-1980
 
4.BALINGI GAMBUD                    1980-1989
 
5.LUKISH LIMBAN                       1989-1994
 
6.LUNGGI GASING                       1994-1996
 
7.SIMAH @ KHAREN MATUSIP  1996-KINI