Friday, March 30, 2012

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI KAMI







Terima kasih kerana mengunjungi laman web Pusat Sumber SK Tangkungon Telupid. Laman web ini masih lagi dalam proses pembinaan. Pihak kami mengharapkan laman web ini dapat memberi anda informasi, berita dan pelbagai isu dari semasa ke semasa mengenai PSS, sekolah, guru dan pelajar mahupun bekas pelajar SK Tangkungon Telupid. Kami juga amat mengharapkan kerjasama dari pihak anda untuk memberi sebarang cadangan untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Kami juga berharap pengunjung dapat menandatangani buku tetamu atau paling tidak hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, memberi pendapat, cadangan, aduan malah berita anda.

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SK TANGKUNGON TELUPID



  Banyak lagi yang menarik di dalam.
Selamat melayari laman web kami....
Kami mengalu-alukan lawatan anda ke laman web kami. Kami tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anda, namun kami akan cuba menyediakan yang terbaik.
Segala apa yang terkandung dalam laman web ini adalah hak milik Sekolah Kebangsaan SK. Tangkungon Telupid
SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB KAMI

PERATURAN PUSAT SUMBER



  1. Sila tanggalkan kasut sebelum masuk ke pusat sumber.
  2. Dilarang membuat bising atau bergaduh semasa berada di pusat sumber.
  3. Dilarang membawa masuk barangan seperti bag atau makanan ke dalam pusat sumber.
  4. Dilarang makan dan minum semasa berada di dalam pusat sumber.
  5. Jangan merosakkan harta benda pusat sumber.
  6. Jangan menyentuh atau mengalihkan media serta benda-benda yang dipamerkan.
  7. Jaga kebersihan dan kekemasan setiap kali berada di pusat sumber.
  8. Sila kembalikan dan susun semula buku--buku, majalah atau surat khabar yang telah dibaca ke tempat asalnya.
  9. Sila beratur semasa berurusan di kauter peminjaman buku.
  10. Buku yang gagal dikembalikan pada masa yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah akan didenda dengan bayaran sebanyak 10 sen sehari.
  11. Pengunjung pusat sumber yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan akan dikeluarkan dari pusat sumber dengan serta-merta.
  12. Buku yang hilang hendaklah diganti semula bersamaan dengan harga buku tersebut.
  13. Dilarang tidur, berehat dan baring di dalam pusat sumber sekolah.

 
oxcx

AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN










FUNGSI PUSAT SUMBER


FUNGSI PUSAT SUMBER

Agen Pusat memperolehi , mengorganisasi dan mengedar bahan

Pusat penggunaan bahan secara individu dan berkumpulan

Pusat perhubungan dan agen perkhidmatan maklumat.

Memberi panduan dan kemahiran mendapat dan menggunakan maklumat.

Memastikan sumber maklumat dalam keadaan baik.

Memastikan sumber makluamt relevan dengan keperluan sekolah.

Melaksanakan perancangan strategik selaras dengan keperluan semasa.

PIAGAM PELANGGAN


PIAGAM PELANGGAN

Memberi perkhidmatan percuma adil dan memuaskan serta layanan yang mesra dan ikhlas tanpa mengira status, keturunan dan agama.

Segala kemudahan bahan bacaan dan bukan bacaan serta peralatan yang terdapat di pusat sumber sekolah digunakan dan dinikmati bersama oleh semua pelanggan tanpa mengira status, kaum dan agama.

Mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan ketika berurusan ataupun berada di ruang bilik pusat sumber sekolah.



Objektif SK Tangkungon Telupid


OBJEKTIF

Menyokong pengajaran dan pembelajaran selaras dengan misi dan kurikulum.

Memupuk keseronokan dan tabiat membaca belajar dan penggunaan PSS.

Menyediakan peluang dan akses pelbagai sumber.

Menerap pelbagai kemahiran mengunakan maklumat.

Bekerjasama mencapai misi sekolah.

Melaksanakan pelbagai aktiviti.

Mempromosikan pembacaan, sumber dan perkhidmatan PSS.

Menggalakkan berberkesanan intelektual.



Visi dan Misi SK Tangkungon Telupid

VISI

Ke arah mewujudkan masyrakat berilmu dan berketrampilan selaras dengan negara maju.

MISI

Pusat Sumber Sekolah perlu menyediakan pelbagai sumber maklumat dan perkhidmatan untuk membolehkan:-

semua pelajar menjadi pengguna idea/ilmu yang efektif.

Staf mempertingkatkan penggunaan pelbagai sumber.

Guru PSS bekerjasama dengan guru-guru mempertingkatkan pembacaan, literasi maklumat, pengajaran dan pembelajaran, kemahiran berfikir.

Perkhidmatan PSS disediakan secara adil dan saksama.

Akses kepada pelbagai maklumat secara bertanggungjawab.

Melahirkan individu yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Melahirkan pelajar yang celik IT, berbudaya ilmu dan bermotivasi tinggi bagi memastikan visi dan misi sekolah tercapai sesuai dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.